Membakut Sabah Community Website

The first dynamic website for local communities of Membakut, Bongawan and Kimanis, Sabah, Malaysia.

Utama                            

Utusan Online

Pengetua Cemerlang SMK Majakir Papar, Encik Loh Kok Cheang yang ditukarkan ke SMK Tebobon Kota Kinabalu menyerahkan tugas beliau kepada Pengetua Cemerlang SMK Majakir yang baru, iaitu Tuan Hj Abdul Aziz Mohamed Zain dalam satu majlis di Pejabat Pelajaran Daerah Papar yang disaksikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Encik Abidin Marjan baru-baru ini. Teruskan membaca...
 
Masih segar dalam ingatan penduduk sebelum ini betapa sengsaranya kehidupan yang harus dilalui selagi jalan raya sepanjang 12 kilometer itu tidak dinaik taraf. Lebih memberikan tekanan kepada penduduk, sekiranya berlaku kes-kes kecemasan terutama apabila hendak menghantar ibu yang hendak bersalin atau penduduk yang sakit tenat kerana memerlukan perjalanan yang cepat. Teruskan membaca...
 
KIMANIS: Nelayan di sekitar Kimanis berasa bimbang berikutan kewujudan beberapa ekor buaya di Sungai Kimanis. Beberapa orang nelayan Kimanis yang sempat ditemui berkata, biasanya mereka akan keluar ke laut pada waktu subuh. Keadaan pada sekitar jam 4 hingga 5 pagi masih lagi gelap. Maka pada masa itu timbullah rasa bimbang dalam kalangan mereka kerana buaya tersebut akan berlegar-legar di kawasan sungai tersebut. Teruskan membaca...
 
Tandas awam di Pekan Membakut yang pernah mendapat perhatian laman web ini beberapa bulan lalu kerana tahap kebersihannya yang kurang memuaskan, kini kembali hangat diperkatakan. Beberapa orang peniaga di tamu mingguan Membakut (hari Ahad) melahirkan rasa kesal mereka kerana tandas awam itu dikunci dan tidak dapat digunakan. Sesetengah penduduk juga berasa kurang senang dengan cara pengurusan tandas awam itu. Teruskan membaca... 
 
Sejak beberapa minggu lalu, hampir keseluruhan penduduk di Daerah Membakut menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih. Keadaan bertambah kritikal dalam minggu pertama bulan Disember ini apabila bekalan air ke setiap rumah hampir tiada. Masalah ini menjejaskan aktiviti harian penduduk seperti memasak, mandi, menyiram tanam-tanaman dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang menggunakan banyak bekalan air seperti restoran dan gerai makanan turut menerima kesannya. Teruskan membaca...
 
Orang Brunei di Sabah ialah rakyat Brunei pada masa dahulu. Sebahagian kaum lain di Sabah juga pernah menjadi rakyat Brunei di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Oleh hal yang demikian, masih dapat dikesan akan adanya pengaruh Brunei dalam kehidupan masyarakat kini, khususnya masyarakat keturunan Brunei.
Satu daripada kesenian yang berasal dari Brunei ialah tarian samalindang. Pada masa dahulu, tarian ini ialah tarian dalam istana Sultan Brunei. Teruskan membaca...
 
Lebih kurang 200 orang haji dan hajah di Kampung Pimping Membakut telah diraikan dalam satu majlis Aidiladha yang diadakan di Dewan Sri Pimping pada malam 27 November 2009 yang lalu. Menurut YB Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif, ADUN N24 Membakut, merangkap Ahli Kehormat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, majlis tersebut diadakan bagi mengembalikan nostalgia lalu yang sangat penting dalam hidup penduduk yang diraikan, iaitu ibadah haji. Teruskan membaca...
Sesuatu yang mendatangkan keraguan dan menjadi tanda tanya apabila sebuah jambatan yang dibina di bawah Program Pembangunan Persekutuan dengan kos pembinaannya bernilai RM50,000.00 terpaksa dirobohkan kerana tuan punya tanah membuat tuntutan ganti rugi. Teruskan membaca...
 
Saya mula tertarik mengikuti perkembangan dunia ketenteraan tanah air sejak zaman remaja. Ketika saya masih bersekolah di SMK Tambunan pada tahun 1989 dahulu, saya pernah melihat empat buah pesawat pejuang A4 Skyhwak TUDM buatan Amerika Syarikat terbang perlahan dan rendah melintasi ruang udara Tambunan. Kemungkinan pesawat-pesawat TUDM itu sedang melakukan penerbangan rondaan ke Pantai Timur Sabah.  Teruskan membaca...

Penulis tiba-tiba teringat tentang dua helai kain songket tenunan tangan dari Brunei yang dibeli pada tahun 1960 dahulu. Seorang pedagang dari Brunei bernama Nek Kuning selalu berniaga ke Kampung Pimping sekitar tahun 50an sehingga akhir 60an menggunakan tongkang kecil melalui Sungai Binsulok. Beliau membawa pelbagai barang untuk dijual seperti kain, pasu, kacing dan celapa. Teruskan membaca...
 
Keris ini ialah peninggalan Ag Katinau OKS Salleh yang dipusakainya daripada ayahandanya, Pengiran Syahbandar Muhamad Salleh 2 (kisah kepahlawan Pengiran Syahbandar menentang penjajah Inggeris dalam Perang Padas Damit pernah disiarkan di ruangan blog laman web ini dahulu). Teruskan membaca...

Info

Berita Semasa



Akses Kita

Pautan Pilihan


Borneo community

Bah...Undi

 Want to play games? Click here...

 Pelbagai

IKLAN

 

INFO UNTUK ANDA

Pasar Tamu Membakut | Lampu Jalan Baru Membakut | Bilangan Kerbau Kalendar Persekolahan | Direktori Sekolah di Membakut | Masalah Kemudahan Awam di Membakut | Pesta Gambus | Kraftangan Brunei | Mercu Tanda Wawasan Membakut

GAMBAR/VIDEO PILIHAN

 
LAWANGAN...Lawangan merupakan sejenis kain tenunan tradisi yang dihasilkan oleh kaum Brunei. Biasanya kain ini digunakan sebagai perhiasan istimewa di katil pengantin pada zaman dahulu. Pada masa kini hanya ada sebuah keluarga di Kampung Pimping Membakut yang mewarisi kain tenunan ini. Menurut waris kain lawangan ini, hanya ada tiga orang tua yang boleh menghasilkan kain ini di Kampung Pimping pada masa lalu termasuklah arwah neneknya. Diharapkan ada usaha akan dilakukan untuk memelihara dan mewarisi seni tenunan yang sungguh berharga ini agar tidak pupus ditelan zaman. 

MARI BELAJAR BAHASA INGGERIS

 

Word of the Day